[Terbakor Berita] Dua beradik dirotan akibat tiru aksi lucah lesbian

 

Dunia ini semakin menakutkan. Budak budak kecik pun dah pandai tiru aksi lucah sekarang, dan yang paling teruk, aksi lucah itu adalah sesama pasangan sejenis. Kalau terus dibiarkan, tak tahulah apa akan jadi pada mereka bila sudah besar nanti. Adik beradik yang berusia tujuh dan sembilan tahun itu telah ditangkap oleh ibunya ketika sedang bergomol sesama sendiri dalam keadaan tanpa seurat benang pun. Mereka juga dikatakan telah melakukan perbuatan itu sejak setahun lalu tanpa pengetahuan sesiapa. Salah siapa? Ibu bapa yang tak pandai ajar ataupun budak budak sekarang yang sudah terlebih pandai? 

[Terbakor Berita] Dua beradik dirotan akibat tiru aksi lesbian

 

Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini.

Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.

Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.

 Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu.

Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.

Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya.

Terbakor : Panas hati bila baca berita ni, patutlah makin hari makin teruk gejala sosial budak budak Melayu kita. 

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : lekatlekitgurl

Loading...

Latest Comments

  1. Raja FB November 13, 2011

Leave a Reply