[Terbakor Artikel] Janda dilarikan lelaki beristeri tiga

 

Hah, ambik tajuk, sebijik dah macam kat Harian Metro dah. Hehe memang Terbakor ambik dari sana pun. Ni satu lagi kisah lelaki beristeri banyak yang tak tahu erti tanggungjawab. Dan si wanita yang tak mahu dengar kata kata ibu bapa sedangkan bukti yang lelaki itu sudah berkahwin terpampang depan mata. Mengikut Harian Metro, majlis perkahwinan antara si lelaki dan janda ini tidak jadi kerana berlaku kekecohan. Seorang wanita yang mendakwa isteri lelaki berkenaan datang ke majlis dan menghuru harakan keadaan. Nak salahkan si isteri pun tak boleh. Tapi suami jenis ini memang suami tak guna! Huh, terbakor! 

[Terbakor Artikel] Janda dilarikan lelaki beristeri tiga

 

“Dia ghaib sejurus bakal suaminya dibelasah orang kampung kerana menipu pada hari pernikahan mereka. Bakal menantu kami rupa-rupanya beristeri tiga,” kata Azizah Gulap Din, 56, ibu kepada Ros Mawati, 31, yang menghilangkan diri bersama dua anak perempuannya sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, dia dan suami, Muhamad Fadzil Nordin, 59, bimbang nasib Ros Mawati dan dua cucu mereka, Arina Batirsha Amirzudin, 1, dan Arisa Balqis Amirzudin, 6, dipercayai dilarikan lelaki itu. April lalu, pasangan warga emas itu berdepan detik memalukan apabila majlis perkahwinan besar-besaran anaknya bersama seorang lelaki mendakwa ahli perniagaan dari Brunei kecoh selepas diserang seorang wanita yang mendakwa isterinya.

Wanita berkenaan turut mendedahkan lelaki itu pernah berkahwin tiga kali menggunakan khidmat sindiket nikah palsu.

Lebih memburukkan keadaan, wanita terbabit merayu lelaki itu mendaftarkan dulu kelahiran anak mereka berusia tujuh tahun yang gagal memasuki sekolah akibat ketiadaan sijil kelahiran.

Terbakor : Dunia dunia! 

sumber berita dan gambar : Harian Metro

Loading...

Leave a Reply