[Terbakor Berita] Lelaki dua isteri kantoi di Facebook

 

Ha, itulah lain kali jangan menipu. Biarkan proses penceraian habis dulu barulah berkahwin lain. Ini lagi satu cerita tentang Facebook. Sebenarnya Facebook tak salah. Yang salah adalah orang yang menggunakannya untuk tujuan tak betul. Banyak manusia jahat yang menggunakan Facebook untuk tujuan mencari keseronokan dengan menipu orang lain. Di situlah dia akan mencari skandal atau pasangan baru untuk saja saja puaskan nafsu. Paling teruk bila ada yang tertipu beribu ribu ringgit hanya kerana percayakan rakan Facebook. Macam macam. 

[Terbakor Berita] Lelaki dua isteri kantoi di Facebook

Seorang lelaki yang mengamalkan bigami ditangkap selepas isterinya melihat gambar perkahwinan keduanya di laman Facebook.

Diane Haynes masih berkahwin secara sah dengan pemandu bas, Paul Haynes apabila dia melihat gambar perkahwinan suaminya di rangkaian laman sosial itu. Pendakwa raya, Andrew Scott memberitahu Mahkamah Agung Lincoln ketika pasangan itu berpisah, Haynes menjalin hubungan baru bersama Sandra Jones sebelum mereka berkahwin secara sivil di Hotel George di Stamford, Lincolnshire pada 25 Jun tahun lalu.

Tiga bulan selepas itu, Diane menemui gambar berkenaan ketika melayari Facebook dan kemudian menghubungi polis.

 Scott berkata, ketika Haynes mengatur perkahwinan keduanya, dia menipu timbalan pendaftar perkahwinan semasa mengisi borang mengatakan dia masih bujang dan tidak pernah berkahwin.

Sepandai pandai tupai melompat…

sumber berita dan gambar : Harian Metro

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site