[Terbakor Berita] Uji Rashid dan rakan rakan dipenjara 10 tahun

 

Taraaa tajuk! Jangan salah anggap pembaca pembaca Terbakor semua. Hehe. Ini adalah berita tentang seorang warga asing yang mempunyai nama Uji Rashid telah dihukum penjara 10 tahun bersama rakan rakannya kerana cubaan merompak sebuah kapal dagang di Perairan Tanjung Piai, Pontian pada 19 September lalu. 

[Terbakor Berita] Uji Rashid dan rakan rakan dipenjara 10 tahun

Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada jam 12.49 malam hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.

Kalau salah baca tajuk tu mau kena sakit jantung nanti kan. Hehe. No offence rakan rakan semua. Selamat membaca 🙂

sumber berita : Mynewshub

sumber gambar : syedroslanjaafar.blogspot.com

Loading...

Latest Comments

  1. EARNIC September 30, 2011
    • Terbakor Admin October 1, 2011

Leave a Reply