
Nama Mat Indera tiba tiba jadi popular berikutan kes video ucapan Mat Sabu yang mengatakan penyerang Bukit Kepong adalah wira. Masih ingatkah anda dengan kejadian serangan komunis ke atas Bukit Kepong pada 23 Februari 1950? Ok, Terbakor tak mahu memutar belitkan lagi fakta sejarah yang telah sedia ada, tapi cuma mahu berkongsi tentang biodata Mat Indera. Anda ada fahaman sendiri? Kongsikan dengan kami di komen, tapi sila jaga bahasa dan adab ye
- Muhammad (Ahmad) bin Indera, dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak Peserai Batu Pahat, Johor.
- Mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937.
- Pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang merupakan salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim.
- Pernah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat Muar, pada tahun 1937.
- Sewaktu penjajahan Jepun, Mat Indera pernah bertugas sebagai peniaga beras manakala setelag British kembali memerintah, Mat Indera bertugas sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar, Johor.
- Mat Indera mula menyertai politik apabila memasuki ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang bermatlamat membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan Inggeris.
- Beliau juga aktif di dalam pergerakan Angkatan Pemuda Insaf (API).
- Apabila PKMM diharamkan, Mat Indera mula pergerakan Gerilla komunis di dalam hutan.
- Beliau merupakan AJK sempadan Johor Melaka Parti Komunis Malaya pada awal 1950 an.
![[Terbakor Hot] Siapa sebenarnya Mat Indera?](http://2.bp.blogspot.com/-qBELxUlXEtk/TmRho5JYe-I/AAAAAAAABgA/DqvSNWccDO8/s400/mat+indera.jpg)
Ok, di atas adalah biodata beliau secara ringkas. Mat Indera dikenali kerana beliaulah yang dikatakan mengetuai serangan ke atas Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Di sinilah timbulnya macam macam pendapat yang berbeza mengenai Mat Indera. Ada pihak yang mengatakan beliau seorang pengganas manakala ada pihak yang mengatakan sebaliknya. Jika anda search di Google tentang Mat Indera, pasti banyak maklumat yang anda dapat, namun awas, baca dengan teliti sebelum mempercayai mana mana pihak. Banyak fakta sejarah tentang negara kita yang telah diputar belitkan. Wallahualam, sama sama kita ambil iktibar.
sumber maklumat : wikipedia
sumber gambar : kalampatah
Info tambahan boleh didapati di : Isu Hangat





this is just my opinion k..
Mat indera sememangnya orang yang berilmu dan beragama.
tapi macam mana orang yang percaya pada Allah s.w.t boleh berjuang bersama sama dengan mereka yang langsung tidak mempercayai tuhan… kalau mat indera yang mengetuai serangan di bukit kepong, mestilah dia orang yang dipercayai oleh komunis yang lain. bermakna dia mempunyai pemahaman yang sama dengan komunis. secara logiknya, memang lah dia menentang british, tapi bukit kepong tu kan memang kawasan orang melayu, apa motif nak serang bukit kepong kalau dah tahu yang akan diorang tentang dan bunuh nanti adalah bangsa sendiri yang sama agama, yang percaya pada tuhan yang satu.
pembunuhan polis melayu di bukit kepong adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan. janganlah mengeluarkan fakta yang boleh mengelirukan orang ramai. masing masing ada akal dan fikiran, anda boleh nilai sendiri bagaimana pemahaman komunis. minyak tak bercampur dengan air, orang yang percaya pada tuhan takkan boleh duduk dan bekerjasama dengan mereka yang langsung tidak percaya pada tuhan, dan mengikut telunjuk mereka. hari ini kita telah merdeka, terima sajalah kenyataan bahawa komunis adalah satu pemahaman yang radikal dan berbahaya. yang penting sekarang kita fokus pada kemajuan diri sendiri dan negara. negara yang kita tinggal sekarang masih lagi aman. kekalkanlah keamanan ini. jangan kejar keamanan dan kerajaan angan angan yang belum pasti.
terima kasih atas komen dan pandangan en naim..
hehe..kite tgk apa kata komen lain dulu..
Mat indera bersama komunis bukan bererti dia berfahaman komunis contohnya seperti UMNO, dalamnya ada BN, MCA dan MIC…..walaupun mereka satu pakatan tapi akidah mereka berbeza sama sekali……lagi satu, kenapa kita selalu sebut bahawa komunis ni bangsa penjajah dan kita menentangnya tetapi berlainan pula dengan British……..Mat indera bergabung dengan Komunis menentang British manakala askar2 Melayu bergabung dengan British menentang Komunis dan orang2 Melayu…………