[Terbakor Berita] Pelajar bunuh diri selepas tembak guru

 

Kes kes macam ni selalu terjadi di luar negara. Kebanyakkan pelajar yang melakukannya biasanya bersifat pendiam dan budak baik. Tetapi yang menghairankan, secara tiba tiba pelajar ini naik minyak lalu menembak gurunya tanpa dakwa dakwi lagi. Seolah olah pelajar ini telah dirasuk sesuatu yang menyuruhnya melakukan sedemikian. Kenapa ya hal ini terjadi? Terbakor pelik jugak. Sebab budak yang amuk ni seorang budak baik. Tapi kita tak boleh lihat dari segi luaran je kan. Kadang kadang yang pendiam dan nampak baik tu lah yang kita kena jaga jaga. Harap harap perkara macam ni tak berlaku di Malaysia. Gerun rasanya. 

[Terbakor Berita] Pelajar bunuh diri selepas tembak guru

 

Seorang murid berusia 10 tahun menembak gurunya di depan rakan sekelas yang ketakutan sebelum dia membunuh diri.

David Nogueira, anak anggota polis, melepaskan dua das tembakan terhadap Rosileide Queiros de Oliveira dengan menggunakan pistol .38 milik bapanya di depan 25 murid lain.

Ketika guru itu terbaring di lantai dengan lumuran darah, David meluru keluar dari bilik darjah menuju ke dewan dan menembak dirinya di kepala.

Seorang jiran keluarga murid itu, Paulo Roberto Caetano da Silva, 49, menyifatkan David sebagai ‘pendiam, sopan dan budak baik.’ “Saya tidak percaya dia akan berbuat demikian,” katanya.

 Kaunselor keselamatan bandar berkenaan, Moacyr Rodrigues berkata, bapa David, Nilton Evangelista Nogueira menjadi anggota polis sejak 14 tahun lalu dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Agak agak anda, kenapa boleh jadi macam ni ye? 

Terbakor : Gerun!

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : bayoushooter.com

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

Switch to our mobile site