Bini Biniku Gangster di pawagam 22 September 2011

 

Jom saksikan filem Bini Biniku Gangster yang akan menemui pawagam pada 22 September 2011 ini. Dah tengok trailer kat atas tu? Macam menarik je filem ni kan. Walaupun memang ada sesetengah daripada penonton mendakwa filem ini meniru idea asal “My Wife is a Gangster” dari Korea, tapi team Terbakor rasa jalan cerita filem ni sangat lain. Apa apa pun kita tengok dulu baru menilai ya. Di bawah ini kami sertakan sinopsis Bini Biniku Gangster. 

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Bini Biniku Gangster di pawagam 22 September 2011

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Filem ini diarahkan oleh Ismail bob Hashim yang juga merupakan pengarah filem Ngangkung. Siapa lagi producer nya kalau bukan David Teo. Filem ini sangat menarik untuk ditonton. Jangkaan penonton terhadap filem ini sangat tinggi dan tidak mahu ia jadi seperti filem Kongsi. Trailer gempak, filem hampeh!

sumber maklumat : http://www.facebook.com/binibinikugangsters

sumber gambar : filemwayang.com

 

 

Loading...

Leave a Reply