Ibu ugut bunuh, belasah anak kerana tak restu kahwin

 

Hanya kerana percaya bomoh, seorang ibu memukul, menendang perut dan memijak kaki selain mengugut mahu membunuh anak gadisnya yang berusia 23 tahun kerana tidak mahu gadis itu berkahwin dengan lelaki pilihannya, kelmarin.

Difahamkan, teman lelaki mangsa yang berusia lewat 20-an itu pilihan ibu mangsa yang menyatukan mereka, namun disebabkan terlalu percaya kepada bomoh, si ibu menghalang pula hubungan mereka.

Menurut sumber, mangsa dipercayai melarikan diri dari rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, selepas bengkak dan lebam pada badan akibat tindakan ibunya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini.

 Katanya, ibu gadis terbabit yang berusia 50-an bertindak sedemikian selepas mendapat perkhidmatan seorang bomoh untuk menilik nasib mangsa dan teman lelakinya.

“Malangnya, keputusan tilikan nasib itu kononnya mangsa dan teman lelakinya tidak boleh berkahwin kerana akan berlaku perceraian menyebabkan si ibu mahu dia memutuskan hubungan dengan lelaki itu.

Mak oi ganasnya mak! Ni la akibat bila terlalu percaya sangat bomoh berbanding Allah. Pada mulanya si ibu yang padankan anaknya dengan lelaki tu sampai diorang nak kahwin dah. Tup tup bomoh tu punya pasal, ibu nak halang pulak perkahwinan mereka. Paling teruk si anak dibelasah dan siap diugut bunuh lagi kalau nak teruskan perkahwinan tu. Apa punya ibu la. Dah dirasuk syaitan agaknya tu. Perangai sesetengah orang Melayu kita macam ni la. Terutama di kalangan orang lama yang terlalu taksub dengan bomoh. Semua nak dengar bomoh. Dan lagi satu peel, suka dengar cakap orang. Last last, keluarga sendiri hancur! Entah entah kan, bomoh tu dah syok kat anak tu tak? Sebab tu dia bagi tilikan macam tu. Oh ya, percaya pada tilikan nasib adalah haram dan boleh jatuh hukum syirik tau!

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : myberita.com

Loading...

Leave a Reply