Felix AF3 ke jinjang pelamin

 

Sesudah enam tahun menjalin cinta, naib juara Akademi Fantasia musim ketiga, Felix Agus, 29, akhirnya memilih penari Lembaga Kebudayaan Sabah, Lydia Larius, 26, sebagai bakal isteri.

Felix ketika dihubungi berkata, majlis perkahwinan di pihak keluarga Lydia akan dilangsungkan pada Sabtu ini di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah manakala kenduri pihak keluarganya akan diadakan di rumah ibu bapanya di Kota Belut pada 24 September ini.

“Saya bersyukur selepas enam tahun bercinta, akhirnya kami ke jenjang pelamin,” katanya.

 Menurut Felix, perkenalan pertamanya dengan Lydia bermula ketika mereka sama-sama mengadakan persembahan di Penampang yang kemudiannya menerbitkan bibit-bibit percintaan antara mereka berdua.

Felix AF3 ke jinjang pelamin

Tahniah Felix! Walaupun nama dia sekarang ni suam suam kuku, tapi bagi peminat Akademi Fantasia 3 pasti ingat nama pemenang tempat kedua ni kan? Felix memiliki ton suara yang sedap didengar cuma nasib tak menyebelahi penyanyi dari Sabah ini untuk menempah nama lebih popular. Tak taulah silap tang mana. Nama Mawi yang dapat tempat pertama dan sangat popular dulu pun sudah suam suam sejak dia mendirikan rumah tangga dengan Ekin. Tenggelam dek kontroversi agaknya. Apa apa pun, tahniah sekali lagi untuk Felix Agus yang popular dengan lagu Aku Pencintamu ini di atas perkahwinannnya. 

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : elviena.blogspot.com

Loading...

Leave a Reply