Berita stor arak di kilang biskut Munchy’s adalah khabar angin

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai penemuan stor arak oleh jabatan itu ketika melakukan serbuan ke atas sebuah kilang biskut di Johor.

Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, turut menegaskan pihaknya tidak pernah melakukan serbuan ke atas kilang biskut berkenaan seperti didakwa melalui SMS itu. “Kami menafikan mengenai serbuan dilakukan ke atas kilang itu dan menafikan individu menghantar SMS itu pegawai Jakim di Putrajaya.

Akhir akhir ni banyak sangat berita tentang halal haram sesuatu produk tu timbul. Tak tau lah siapa punya kerja ni tapi macam nak menjatuhkan sesuatu je kan. Dari kes Mc Donald, KFC, produk Simply Siti dan sekarang biskut Munchy’s pulak jadi mangsa. Jakim sendiri dah sahkan produk produk tersebut halal dan boleh dimakan orang Islam tapi ada individu tak bertanggungjawab suka sebar khabar angin. Yang penting kita sebagai orang Islam kena alert. Tu je. Kalau rasa rasa syubhah, jangan makan! Senang cerita. Betul tak?

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : metrokini.com

Loading...

Latest Comments

  1. zack October 11, 2011

Leave a Reply