Bapa terjun dalam tangki najis selamatkan anak

 

Seorang bapa nekad terjun ke dalam tangki najis semata-mata mahu menyelamatkan anaknya yang terjatuh.

Malangnya, usaha itu gagal apabila anaknya yang berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di dalam tangki berkenaan di Bangunan Arked Mara, Bandar Baru, Kuala Rompin, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa dikenali sebagai Mohd Izwan Jusoh, dari Endau, Mersing, Johor disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Menurutnya, siasatan turut mendapati, tangki najis berkenaan hanya ditutup dengan papan selepas penutupnya hilang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Bapa terjun dalam tangki najis selamatkan anak

Sedih baca berita ni. Seorang ayah sanggup terjun dalam tangki najis untuk menyelamatkan anaknya yang terjatuh, tapi tak sempat. Anaknya yang berusia 3 tahun tu meninggal. Allah lebih sayangkan dia. Tapi apa kami terkilan. Tangki najis tu tak bertutup dengan sempurna! Maknanya lepas ni tak mustahil orang lain pulak boleh jatuh ke dalam tu. Nak di salahkan pencuri penutup tangki najis tu memang sah sah tak guna sebab pasti si pencuri seorang yang takde akal. Jadi pihak berkenaan yang di kawasan kejadian patut ambil tindakan. Agaknya nanti mesti cepat cepat diorang letak balik penutup tangki najis tu elok elok. Bila dah ada kes kematian baru nak bertindak! Itu lah peel klise pihak berwajib di Malaysia. 

 

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : greatanep.blogspot.com

Leave a Reply