Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA dimansuhkan

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA dimansuhkan

Satu berita yang sangat mengejutkan satu Malaya apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan dalam perutusan Hari Malaysia 16 September 2011. Menurut Utusan Malaysia, akta ISA akan digantikan dengan undang undang baru yang akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Team Terbakor rasa bagus sangat la tindakan pemansuhan akta ISA ni kan sebab akta ni dah banyak timbulkan kontroversi dalam dunia politik.  Selain itu, akan ada kajian semula mengenai kebebasan berhimpun dan demonstrasi jalanan. Jadi lepas ni, dah tak boleh la nak buat demonstrasi jalanan sesuka hati ek? Cuma yang kami musykil, macam mana lah bentuk undang undang lain yang akan digubal untuk menggantikan ISA tu? Makin bagus atau… 

Terbakor : tak boleh cakap lebih lebih.. bahaya. Karang terbakor diri!

sumber gambar : ydppasputrajaya.blogspot.com

Loading...

Leave a Reply