Australia undang anak buah K Rajagopal ke Sydney untuk perlawanan persahabatan

 

Tawaran menarik Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal, Oktober ini, sememangnya sukar ditolak, namun apa yang mencetuskan sedikit masalah apabila tarikh itu bertembung dengan jadual perlawanan Piala Malaysia.

Mengikut undangan FFA kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu lalu, perlawanan persahabatan itu dijadual berlangsung di Sydney, Australia pada 7 Oktober ini, sedangkan perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia diadakan sehari selepas itu.

Namun Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal yang juga pengurus pasukan kebangsaan sewaktu memaklumkan jemputan FFA semalam berkata, perlawanan dengan naib juara Piala Asia 2011, Australia adalah satu penghormatan dan pendedahan terbaik buat pemain Harimau Malaya.

Australia undang anak buah K Rajagopal ke Sydney untuk perlawanan persahabatan

First sekali, team Terbakor nak ucapkan tahniah di atas pelawaan Australia ke atas Malaysia ni. Walaupun cuma perlawanan persahabatan, tapi ia boleh jadi satu medium untuk skuad bola sepak K Rajagobal tu belajar sesuatu. Apa yang kita tengok sekarang ni, prestasi skuad bola sepak Malaysia macam sekejap ok sekejap tak. Sekejap naik sekejap menurun. Kita tak boleh nak harapkan 2 atau 3 orang pemain yang hebat hebat saja. Sekadar contoh, Malaysia perlukan lebih lagi pemain hebat macam Safee Sali, Wan Zack Haikal, dan Safiq Rahim. Takat 2, 3 orang tu tak cukup lagi. Tak kira lah untuk skuad Harimau Malaya atau Harimau Muda, diharapkan agar pasukan bola sepak Malaysia akan lebih maju lepas ni. Amin! 

p/s : masih belum ada keputusan dibuat FAM sama ada untuk memenuhi undangan ini atau tidak lantaran kempen Piala Malaysia yang berlangsung pada tarikh berdekatan.

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : birdysuperstarsport.blogspot.com

Loading...

Leave a Reply