Pasangan bunuh diri kerana cinta dihalang keluarga

 

 

Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Dari segi kisah cinta, kisah tragis ini memang memilukan. Tetapi rasanya masih ada jalan lain selain bunuh diri. Kita orang Islam, bunuh diri adalah satu dosa besar. Apa apa pun, pasti keluarga kedua duanya menyesal. Atas halangan mereka lah yang jadi penyebab pasangan ini bunuh diri. Zaman sekarang bercinta perlu gunakan akal. Memang cinta itu bukan mudah tapi tiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Moga kita semua terhindar dari perbuatan bunuh diri. Amin..

 

Terbakor : Sedih sebenarnya bila baca kisah kisah macam ni…

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : dalimunthe.com

Loading...

Leave a Reply