Natasya janji berubah penampilan kepada lelaki semula

 

 “Natasya Farisya sudah dipanggil untuk diberi kaunseling dan dia memberi jaminan akan mengubah penampilan termasuk memotong pendek rambutnya,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Abdul Malik Hussin.

Menurut Abdul Malik, beberapa pegawai Jaips sudah mengadakan pertemuan dengan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita itu yang menjadi teman istimewa mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, apabila memanggilnya untuk diberi kaunseling, semalam.

Menurutnya, pertemuan terbabit diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis di sini, hampir satu jam dan pihaknya mengambil pendekatan dakwah dengan memberi khidmat kaunseling kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan.

“Kami tidak mengambil tindakan terburu-buru menahannya kerana pendekatan itu memerlukan bukti ketika ditahan. Bagaimanapun, dalam pertemuan terbabit dia sudah berjanji untuk mengubah corak kehidupannya.

Alhamdulillah, moga moga perubahan yang dijanjikan oleh Natasya ini betul betul ikhlas dan bukan main main. Sebelum ini negara digemparkan dengan berita seorang lelaki berusia 20 tahun disimbah asid kerana berebutkan seorang pondan. Natasya juga mengakui ingin hidup bersama lelaki itu dan tidak peduli halangan dari orang lain. Erm, macam ni lah, yang haram tetap haram. Sejahil jahil manusia masih baik jika dia tahu mengaku salah dan bukan menegakkan benang yang basah. Natasya asalnya lelaki. Lelaki takkan tetap jadi perempuan. 

Terbakor : Pelik, dah takde perempuan lagi ke dalam dunia ni hingga sanggup disimbah asid berebutkan pondan?

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : anwarurs.blogspot.com

Loading...

Leave a Reply