Makan cacing semasa tersesat dalam hutan untuk hidup

 

Seorang lelaki yang terpisah daripada rakan ketika memburu tupai dalam hutan tebal di barat Tennessee berkata, dia terpaksa makan cacing dan minum air lumpur untuk terus hidup selama lima hari sebelum ditemui.

Lawrence, pegawai penjara berkata, dia gagal mencari rakannya setelah terpisah dengan mereka. 

“Saya lebih terkejut apabila hanya bunyi tembakan senapang saya saja kedengaran,” katanya.

Nasib baik selamat. Huhu, memang bunyinya agak menjijikkan, tetapi dalam keadaan darurat seperti itu, apa sahaja yang boleh dijadikan makanan perlu diambil bagi menyelamatkan hidup. Bukan semua orang mampu hidup dalam keadaan sesat macam tu. Pengalaman sesat dalam hutan sangat mengerikan. Sebab tu lah orang tua tua pesan kalau nak masuk hutan kena jaga pantang larang. Jangan buat sesuka hati nanti akibatnya kita yang tanggung sendiri..

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : 

Loading...

Leave a Reply