Gadis cederakan orang tua mengaku diri pontianak

 

Seorang gadis yang mengaku dirinya ‘pontianak’ dituduh menyerang seorang lelaki tua, menggigit muka dan lengannya sehingga mememerlukan jahitan.

Josephine Smith, 22 tahun, dikatakan memberitahu mangsanya yang berusia 69 tahun: “Aku pontianak, aku akan makan kamu.” 

Milton Ellis terpaksa menerima jahitan pada lukanya setelah diserang di depan Restoran Hooter yang kosong di St. Petersburg, Florida. 

Polis berkata, Elis yang menggunakan kereta roda bermotor, tidur ketika Josephine menyerangnya. Ellis yang berdarah, dapat melarikan diri ke sebuah stesen minyak berdekatan dan menelefon polis.

Gadis cederakan orang tua mengaku diri pontianak

Wah! Gadis ini mungkin di dalam pengaruh alkohol atau dadah. Secara logik, ada ke pontianak nak mengaku diri dia pontianak? Opss, ada ke pontianak dalam dunia ni? Hehe. Kelakar jugak berita ni, kesian orang tua tu. Tak pasal pasal jadi mangsa. Pelik orang putih ni kan? Macam macam peel. Atau mungkin dia berangan nak jadi Bella dalam filem Twilight yang popular tu kot? Kali ni beritanya kurang rasa terbakor tapi lebih kepada kelakar. 😀 

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : twilightsaga.wikia.com

Loading...

Leave a Reply