Dibunuh kerana enggan pinjamkan RM50

 

Hanya kerana enggan meminjamkan RM50 kepada rakan sekerja yang juga rakan sekampungnya di Madura, Indonesia, seorang buruh binaan mati dibunuh di sebuah rumah yang diubah suai di Taman Tan Yew Lai, di sini, tengah hari semalam.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika pekerja lain berada di masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.

“Menurut saksi, tiga daripada mereka pergi menunaikan solat Jumaat sebelum menemui mangsa di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Dibunuh kerana enggan pinjamkan RM50

Kes bunuh lagi! Agaknya manusia zaman sekarang ni dah hilang pertimbangan ye? Asyik asyik kes bunuh je yang kita dengar di dada dada akhbar. Yang paling sedih kadang kala penyebabnya adalah benda yang remeh temeh seperti ini! Tidak dapat dipastikan sama ada si peminta hutang atau pemiutang yang mulakan. Tapi kes ini cukup membuktikan sesetangah manusia zaman sekarang ni senteng akal. RM50 taklah banyak mana pun kan. Mungkin isu duit ni sensitif, jadi bila tersalah cakap, hati mula terasa, lalu marah dan akhirnya bertukar menjadi dendam pula. Wallahualam..

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : hasmizihashim.blogspot.com

Loading...

Leave a Reply