Penonton filem Karipap Karipap Cinta hanya ada 4 orang!

 

Mari baca komen seorang penonton mengenai filem Karipap Karipap Cinta yang baru ditayangkan di pawagam 31 Ogos lalu. 

 

Kelu saya tadi bukan kerana karipap itu terlalu sedap atau sudah ‘sold out’, sebaliknya mengira jumlah penonton termasuk diri saya sendiri iaitu hanya empat orang! 

“Biaq betoi (biar betul). Kita salah panggung kot?” bisik saya kepada sahabat yang menemani bagi waktu tayangan 9 malam itu. 

Ada sekali dua saya tergelak kecil, saya hanya mampu mendengar suara saya sendiri di dalam sebuah panggung yang sepi itu. Lebih menyedihkan, ada dua kali rakan saya menggerakkan saya, “Eh, ‘you’ ni lelap ke?” 

Mungkin apabila terbaca coretan saya ini, Hafsham akan berasa sedih. Saya tidak berniat memburukkan karyanya itu tetapi inilah realiti yang tidak dapat saya sembunyikan lagi. Apa yang saya tonton itu bukan tayangan tertutup, sebaliknya tayangan umum dan saya juga membeli tiketnya.

Ini adalah sinopsis ringkas Karipap karipap cinta, ia mengisahkan tentang  seorang pemuda bernama Ali yang kurang bermotivasi tetapi baik hati. Ali bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan majalah misteri dan akhbar politik. Sarah pula adalah seorang yang mempunyai kelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir, layak menjadi ustazah dan pandai bersilat. Ali jatuh hati kepada Sarah yang berkerja sebagai kartunis. 

Penonton filem Karipap Karipap Cinta hanya ada 4 orang!

Tetapi ramai penonton kurang senang dengan watak yang dilakonkan oleh Melia Aimellia kerana dia tidak bertudung dengan sempurna untuk memegang watak Sarah sebagai seorang yang berkelulusan Al Azhar. Gambit Saifullah pula lakonannya biasa biasa saja dan dia terbabit dalam kontroversi memanggil peminat dengan gelaran “babi” dan “anjing” di Facebooknya. 

Filem ini diarahkan oleh Othman Hafsham yang sebelum ini telah mengarahkan filem Adik Manja dan Mekanik di sekitar zaman 80 an. Filem ini juga sebenarnya adalah adaptasi dari novel Karipap karipap cinta karya Nazri M. Annuar. Kutipan filem ini juga dianggar kan hanya sebanyak RM 200,000.00 sahaja. Ada yang mengatakan punca filem ini tidak laku kerana saingan hebat dari filem Hantu Bonceng lakonan Zizan Raja Lawak yang sudah mencecah kutipan RM 5 juta lebih ketika ini. 

p/s : mungkin ada peminat yang terbakor gara gara pelakon utamanya Gambit menggelarkan peminat dengan gelaran tak elok tak? 

sumber : sinema malaysia , harian metro

sumber gambar : hansrollodepelicula.blogspot.com , ohsyok.com

Loading...

Leave a Reply