Marsha cuba bunuh diri?

 

“Berita penyanyi Marsha Milan Londoh cuba menelan 30 biji pil bagi cubaan membunuh diri tidak benar dan spekulasi liar. Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul,” kata Afeeq Abdul Wahab, 25, teman rapat Marsha ketika dihubungi bagi mengulas kejadian penyanyi berusia 28 tahun itu yang dikejarkan ke hospital pagi Rabu lalu.

Banyak spekulasi yang timbul sejak berita mengenai kes cubaan bunuh diri Marsha Milan Londoh ini keluar di akhbar. Teman rapatnya sendiri sudah menafikan namun masih ada desas desus kedengaran bahawa penyanyi dan pelakon Marsha ini cuba untuk bunuh diri akibat tekanan perasaan. Alasan Afeeq, teman rapat Marsha, artis itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah tekanan darah rendah. Ada juga yang kata, Marsha cuba bunuh diri kerana teman lelakinya curang. Mana yang betul? Kita tunggu Marsha sendiri yang jelaskannya nanti. 

Marsha beberapa ketika dahulu juga pernah dihentam kerana gimik pernikahannya yang konon diadakan secara senyap. Tetapi ia hanya satu gimik semata mata. Sayang kan kalau bunuh diri? Cantik cantik macam ni lagi. Ada hati yang terbakorr tak?

sumber berita : Harian Metro

sumber gambar : Berita Harian, blogcatalog.com

Loading...

Leave a Reply