Faezah Elai selamat diijab kabulkan

 

Team Terbakor mengucapkan tahniah buat pelakon cantik jelita Faezah Elai yang telah selamat diijab kabulkan semalam, 9 September 2011 kira kira pukul 3.30 petang selepas solat Jumaat. Faezah telah memilih pengarah drama Heykal Hanafiah sebagai suami pilihan hatinya. Dengan sekali lafaz akad, berserta mas kahwin sebanyak RM 1,001.00 , Faezah Elai sah bergelar isteri kepada pengarah drama itu. 

Menurut sumber OhBulan, majlis resepsi pihak Faezah akan diadakan pada 3 Disember 2011 di Bukit Gedung, Pulau Pinang manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula diadakan keesokan harinya. Faezah menerima 9 dulang hantaran dari keluarga pihak lelaki, manakala pihak lelaki membalasnya dengan 11 dulang. Berapa wang hantarannya? Dirahsiakan. 

Terbakorr tengok barang barang hantaran mereka 😀

 

sumber berita dan gambar : OhBulan

 

 

Loading...

Leave a Reply