Cukai 6% dikenakan ke atas prepaid dan pek sim mulai 15 September 2011

 

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Berita ini menjadi perbualan hangat di laman laman sosial seperti Facebook dan Twitter semalam. Mulai 15 September ini, setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek sim akan dikenakan cukai sebanyak 6 %. Antara alasan cukai tersebut dikenakan ke atas pengguna adalah untuk memastikan perkhidmatan prabayar turut kompetitif seperti perkhidmatan pasca bayar. 

Ini bermakna, jika pengguna membeli prepaid RM 10, mereka perlu membayar harga RM 10.60. Nampak macam murah tapi sesiapa yang kerap membeli top up pasti akan terasa kesannya. Sebelum ini cukai dikenakan sebanyak 5 % tetapi syarikat telekomunikasi telah bermurah hati menanggung kos itu. Namun setelah cukai dinaikkan kepada 6%,  ianya terpaksa ditanggung pula oleh pengguna.

Amacam? Terbakor tak dengar berita ni?

berita penuh : mstar.com.my

sumber gambar 

Loading...

Leave a Reply