Pernikahan Eira Syazira dan Azad Jasmin 16 September 2011

 

Tahniah diucapkan kepada pasangan artis ini yang akan bernikah pada 16 September nanti. Eira Syazira dan Azad Jasmin sudah berhubungan cinta selama 3 tahun. Pasangan secocok ini pernah berlakon bersama dalam drama Cinta Balkis di TV3 suatu ketika dahulu. Mereka akan mengikat tali pernikahan di rumah keluarga Eira di Putrajaya. Menurut OhBulan, majlis pernikahan mereka bertemakan konsep Cermin dan Kristal dengan tema warna Silver dan Red White. Majlis resepsi mereka pula akan diadakan pada bulan November namun tarikhnya belum lagi diketahui. 

Ada ura ura Azad Jasmin ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya Faezah Elai yang akan berkahwin pada hari ini, 9 Sepetember petang nanti selepas solat Jumaat. Alah, tapi gosip aje kan. Barang yang lepas usah dikenang. Baik Azad Jasmin mahupun Faezah Elai, masing masing sudah bahagia dengan bakal pasangan hidup masing masing. Lagi sekali, tahniah kami ucapkan buat kedua dua mempelai ini. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa. 

 

p/s : Agak agak ada hati yang terbakorr tak dengan berita ni? 

 

sumber gambar : sinemamalaysia.com.my

 

 

Loading...

Leave a Reply